02 April 2012

Pelancaran Minggu Anti Dadah 2012

Pelancaran Minggu Anti Dadah SMK Temin tahun 2012 telah dilancarkan oleh Tuan Pengetua, Puan Rusma Md. Taha, pada 26 Mac 2012 ( Isnin ) semasa perhimpunan rasmi mingguan sekolah. Pelancaran telah  diadakan di Dewan Bitara Temin dengan dihadiri oleh semua warga guru dan pelajar SMK Temin.
Acara dimulakan dengan pembacaan perutusan Hari Anti Dadah Kebangsaan  Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, dan telah dibacakan oleh Kaunselor Pelajar, En. Omar bin Aziz.
Majlis diteruskan dengan ucapan Pn. Rusma Md. Taha dan seterusnya beliau merasmikan pelancaran Minggu Anti Dadah ( MAD ) peringkat sekolah bagi tahun 2012. Murid-murid seterusnya disajikan dengan gimik pelancaran oleh Tuan Pengetua dan mereka telah diedarkan juga dengan brosur/pamplet Mesej Untuk Remaja.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang sambutan tersebut, antaranya Kuiz Anti Dadah, Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah, Buku Skrap Anti Dadah, Buku Sketch Anti Dadah serta Pembentangan Penyelidikan dan Pembangunan ( R & D ) penglibatan murid-murid SMK Temin dalam gejala merokok oleh Pelajar-pelajar Pra U ( Tingkatan Enam Atas ).   

No comments:

Post a Comment